Thursday 14 February 2013

Nukilan Hari Kekasih untuk ........


Ku masih ingati kali pertama menemui mu,

Aku terpaku bodoh terkena jelingan anda,

Namun semenjak jelingan anda,

Tiada khabar berita dari anda lagi,

Sehinggalah aku mendapati hati anda telah dilukai,

Dan diri anda sedang mengalami keperitan hati yang tak terkata,

Namun, ku teguhkan diri untuk menyapa dan bertanya khabar,

Anda masih mampu membalas,

Hatiku melonjak riang,

Dari detik itu sampai kini,

Kufahami derita yang melingkari jiwamu,

Selain derita, anda juga telah menerima tujahan yang menyayat hati,

Hatiku gusar tak menentu,

Tanpa disuruh, ku posisikan cuping telingaku ang cukup besar dan isi hatiku dikosongkan,

Agar dapat menyerap segala yang anda curahkan,

Ku memahami dirimu yang terkenangkan si dia,

Jelaslah bahawa masa anda yang tak semena-mena dengan si dia itu,

Bagaikan gelumang kasih saying yang tak tertakluk biarpun di syurga,

Tapi kini anda terkandas tiada petanda,

Setiap kali anda mengatakan anda menangis teringat kembali detik –detik manis,

Jantungku terobek terbayangkan linangan air mata anda,

Aku kecewa,

Kerana tak mampu berada di sisimu untuk menangkap setiap titisan air mata hibamu,

Biarpun tong atau baldi,

Ku akan menakung dengan sabar,

Dengan harapn satu hari nanti,

Linangan airmata anda akan berakhir,

Dan senyuman anda yang cukup menawan akan terukir kembali,

Senyuman anda baik pahit atau manis,

Telah menjadi sumber semangat diriku,

Semangat untuk menempuh setiap hari dan detik dengan tabah,

Menjadikan hidupku lebih bermakna,

Minat memasak dan menulis yang lama terbenam,

Timbul kembali dengan positif,

Ku tujukan sepenuh penghargaan  kepada dirimu,

Setiap kali kuali dipanaskan, anda menjadi sumber perisa,

Setiap kali ku kehilangan ilham menulis,

Ku rela membayangkan dirimu yang tersenyum daripada mencari inspirasi dengan mencuci tandas sampai berkilat,

Dengan senyumanmu yang ku bayangkan, kata kesat yang dihambur pada diriku bagai nyanyian malaikat,

Biarlah diriku yang tak seberapa ini mencipta masakan untuk dirimu,

Biarlah ku tanggungkan segala sedih duka anda,

Merangkap kata-kata yang memenangkan, membosankan, menggembirakan , dll,

Diriku tak pernah akan kurangkan doa untuk dirimu,

Agar anda sentiase mengecapi kejayaan dan kebahagiaan dalam apa jua,

Agar anda murah rezeki dan sihat selalu,

Ku mengaku diriku cukup gugup dan lidah memang kelu di depan dirimu,

Jadi terimalahluahan puisi tak seperti puisi ini,

Untuk dirimu yang cukup ku kagumi dan sayangi,

Setiap saat pengorbanan yang dilalui cukup berbaloi,

Ku takkan pinta apa-apa balasan,

Jika Tuhan menyeruku ke sisinya lebih awal,

Ku Cuma pinta tatapan terakhir wajah mu,

Yang melakar senyuman manis menawan yang akan kurindui,

Biarpun kini ku hanya bertepuk sebelah tangan,

Ia sudah memadai,

Ku takkan kurangkan apa jua permintaan dirimu; semampu yang jiwa dan ragaku yang dapat pikul,

Ku tujukan  ucapan “Selamat Hari Kekasih “ dengan seikhlasnya kepadamu wahai cik adik yang perawan.

Lagu ditujukan khas untukmu

Masa tak mengizinkan bunga tulip sebenar; namun biarlah gambar  bunga tulip ini menjadi santapan matamu.



No comments:

Post a Comment